AYAH tiada tandingannya ...
Friday, 25 May 2012 | 00:37 | 3 comments
17 haribulan 3 tahun 2011 .
apa yang sha ingat time tuh sha tengah kerja .
dapat call dari akak dari adik .
" balik sekarang ayah tengah tenat "
Allah jela yang tahu macam mana perasaan sha time tuh
auntie kat kedai dok celupar sangat mulut asyik sebut perkataan MATI
dengan airmata yang sudah berjurai-jurai sha pun balik rumah
sesampai je dekat rumah tengok semua tengah sesiap
sha masuk bilik terus tukar baju
malas nak mandi takut nanti lambat pula nak p hospital
semua dah siap jadi kami pun gerak
dari pulai indah ke hospital sultan ismail
agak sejam jugaklah tapi abang bawak kereta laju time tuh
jadinya sampai cepatlah .
sampai cepat pun tak boleh masuk
sebab bukan waktu melawat .
tapi abang berdegil nak naik jugak
bayangkan lah perasaan kami time tuh
mak call banyak kali sambil menangis tapi kami tetap tak dibenarkan naik
puas abang merayu .
sha dengan akak dah sedu-sedu nangis
" kamu nih kenape menangis "
kata makcik guard tuh pada kami
" ayah kami tenat "
jawab akak pada makcik guard tuh sha dah tak boleh bercakap lagi time tuh sebab terlalu sedih macam mana kalau kami tak sempat tengok ayah ?
" saya takde pun terima pape berkenan ayah awak tenat "
kata makcik guard tuh lagi
kami terdiam sambil dalam hati berkata
" takde sikit belas kasihan ke makcik guard nih "
agak lama jugalah kami berada disitu sambil abang merayu dan terus merayu
semua yang ada disitu melihat drama antara kami dan makcik guard itu .
tidak lama kemudian datang beberapa orang kawan ayah yang beruniform polis
mungkin mereka ingin membantu kami
tetapi ..
ini antara patah perkataan makcik guard yang sha ingat sampai sekarang
" ye saya tahu kita sama-sama pakai uniform tapi ini peraturan "
dalam waktu sulit begini dia masih lagi anggap isu ini sangat remeh
tanpa menghiraukan orang lain
abang yang sedang dalam kemarahan membuka grill (pintu utama untuk masuk dalam wad)
dengan kuat dia menjerit nama akak untuk ikut dia masuk
jadi tanpa berlengah kami pun masuk dan terus berlari untuk naik .
lega rasanya
tapi sha masih lagi terdengar bebelan makcik guard itu
" inilah dia tak faham bahasa "
lebih kurang macam tuh lah bebelan dia
kami sampai diwad ayah .
menangis saje lah yang sha mampu buat
emak setia disisi ayah
ayah tak bukak mata pun time tuh
lama sikit baru ayah buka mata
muka ayah nampak penat sangat sudah tentu ayah sedang tahan sakitnye
ayah tak mampu untuk bernafas sendiri
oksigen saje lah harapan ayah .
lama kami disitu ,
untuk berganjak . tidak sama sekali .
dari seminit ke seminit makin ramai yang datang melawat ayah
untuk seketika sha mengikut akak menunaikan solat
berat untuk meninggalkan ayah
tetapi demi ayah sha kuatkan semangat
berlalu lah sha pergi solat di surau berdekatan .
sesudah 20minit
sha kembali semula ke wad ayah
makin ramai yang datang .
makin sayu hati
" kalau dia tak lama , banyakkan berdoa banyakkan baca yassin "
kata tok busu kepada emak
mana mungki ayah akan pergi !
sha belum puas bermanja dengan ayah
sha tak bersedia nak kehilangan ayah .
sha merintih dalam hati
selepas maghrib masih tiada perubahan .
ayah masih lagi menutup mata
kawan-kawan ayah yang datang semua bacakan surah yassin untuk ayah
dalam wad tuh penuh dengan kawan ayah
terimakasih semua
jam 11.00 malam
abang dan adik tidak berhenti bisik di telinga ayah dengan bacaan-bacaan quran .
sha menangis sambil berpaling ke mesin nyawa disebelah
turun naik turun naik dengut jantung ayah
ayah . kite tak nak berpisah dengan ayah .
tanpa menghiraukan orang sekeliling
sha pergi ke sebelah ayah
sha bisik ke telinga ayah " ayah bukaklah mata kite sayang ayah "
berkali-kali perkataan itu sha ulang
tapi tiada respon dari ayah .
sha berdegil ,
kali nih sha pegang tangan ayah sha usap rambut ayah sha pegang muka ayah
sha merayu dan merayu .
" nishaa tak baik macam tuh . redha sha "
kata mak uteh pada sha
tapi sha tak peduli ! ayah milik sha .
sha terus merayu sambil menangis
ayah bangun ayah kite sayang ayah , ayah tak sayang kite ke
ayah bukalah mata
ayahhhh .
lama kemudian ayah buka mata sedikit .
ayah renung sha .
tapi sekejap je ayah buka mata
lepastuh ....
mesin nyawa ayah terus turun dan ...
sha rebah tak sedarkan diri .
sesedar sha atas katil .
sha meronta nak tengok ayah , lan kata ayah ada lagi tapi sha tak percaya
akak kata kalau nak tengok ayah sha kene kuat .
sha dah cukup kuat !
akak pimpin sha untuk tengok ayah .
sha tengok mak sha tengok abang sha tengok adik dan sha tengok semua
semua nangis .
sha tengok ayah pula ,
ayahhhhhhhhhhhh ..
sha takde kudrat nak berdiri . sha jatuh lagi .
sha duduk atas kerusi sambil peluk cik ass
kenapa Allah ambil ayah time sha masih perlukan kasih sayang ayah
sha peluk cik ass kuat-kuat .
bila mak keluar sha ikut
berkali-kali sha cakap dekat mak yang ayah tengah tidur
" mak , ayah tengah tidurlah kat dalam ayah tengah tidur ! "
berkali-kali perkataan tuh keluar dari mulut sha .
mak tampar sha .
sha terdiam
mak ke ruang tetamu untuk duduk .
sha diam sambil menangis dan duduk sebelah mak
sha call kawan sha call ex sha call mama yul
dalam pada yang sama sha macam nak terjun dari bangunan tuh .
tapi ...
18 haribulan 3 tahun 2011
tepat 12.00 tengah malam
SALLEH BIN HASHIM
KPL 90468
kembali ke rahmatullah ..
jenazah ayah dibawa ke rumah dengan diiringi kereta polis
rumah penuh dengan kawan-kawan ayah .
sha masih lagi lemah
apabila sudah di baringkan diruang tamu sha duduk sebelah ayah
sha tengok ayah macam tengah tidur .
wajah ayah terlalu tenang sangat
sha mengantuk lalu tidur disebelah ayah
jam 7.00 pagi
sha tak sedap badan
sha cakap dengan mak yang sha pening .
sha berdiri nak masuk bilik tapi sha rebah
start dari tuh lah sha hilang kawalan
sha menangis dan menangis .
sha tak dapat tengok ayah dimandikan sha tak dapat tengok ayah dikafankan
sebab semua orang takut sha bertindak luar kawalan
cium ayah pun sha tak sempat .
sha hanya keluar masa ayah dah dalam van jenazah .
sha berlari tapi cepat je diaorang tangkap sha
tersinggung

petang tuh kawan datang .
macam-macam diaorang buat untuk kembalikan mood sha
lepas diaorang datang pakcik bomoh datang
mungkin diaorang rasa sha kene badi ayah .
dia ubatkan sha .
sha menjerit nak ayah
tak lama lepastuh sha dah reda sikit .
sekarang sha redha kan pemergian ayah .
ayah pergi membawa semangat sha
sekarang sha kurang bersemangat
Allah ambil ayah disaat sha masih lagi perlikan ayah
susah senang kami banyak bersama .
untuk melupakan ayah ,
itu perkara yang tak mungkin terjadi
ayah hero sha .
ayah boyfriend sha
ayah pengubat luka sha
ayah adalah nyawa sha
masa ayah tak sakit ..

kita sekeluarga sambut birthday ayah .
yang ke-49 kalau tak silap

nih first time masuk hospital dan first time ayah kene tebuk .
ayah ingat tak ? kita menangis tunggu ayah kat luar bilik bedah

malam masa ayah tenat .
ayah tak buka mata pun kan

semua kenangan dengan ayah kite simpan sampai hari nih
AL-FATIHAH



Im not beauty queen. Im just Beautiful Me.
Site
