tangani kemarahan Bapa dengan 8 "M"
Wednesday, 25 April 2012 | 00:34 | 0 comments
ikut atau tidak ? setuju atau membangkang ? aduh ! apakah yang harus aku lakukan nih ?
bosannya ! setiap hari pasti ada leteran dari ayah tentang sikap kamu itu .
kadangkala bebelan itu kamu dengar sambil lewa sahaja , kenapa ?
ini kerana kamu sering dimarahi oleh bapa tentang perkara yang sama . apa salahnya kamu berubah demin bapa tersayang . lagipun bukan susah mana pun , kan ?
oke now sha nak bagi tips untuk korang ubah perangai dan cuba sejukkan hati bapa korang :
1 . MEMOHON MAAF
andai kata kamu bersalah dalam hal ini , apa salahnya kamu minta maaf dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi . setiap kesalahan yang kamu lakukanpasti memberi kesan terhadap bapa kamu .
jadi kamu cubalah sejukkan hatinya dengann perkataan maaf , mungkin bapa akan memaafkan kesilapan kamu .
2 . MEMUJUK
alahai , kelihatan seperti budak-budak pula . namun inilah cara dan jalan terbaik untuk kamu menangani kemarahan bapa .
kadangkala kamu erlu bijak membeli jiwa bapa . walaupun luarannya kelihatan garang dan agak serius , namun dalamannya cukup lembut . kamu perlu tahu seorang bapa hanya akan memarahi anaknya seketika cuma . selepas marah , kamu boleh tengok sendiri perwatakan bapa kelihatan seperti biasa dan mampu bergelak ketawa .
jangan kamu ingat bapa kamu tidak menyayangi kamu , sebenarnya sayangnya itu terlampau dalam .
oleh itu apa salahnya kamu memujuk bapa kamu dengan kata-kata yang mampu buat dia tersenyum .
3 . MENGAKUI KESILAPAN
setiap manusia pasti tidak terlepas dari melakukan kesalahan . namun jangan pula kamu jadika frasa ini sebagai alasan untuk kamu terus melakukan kesilapan sepanjang hidup .
itu rugi namanya .
setiap teguran jadikan pengajaran buat dirimu , tidak salah kamu mengakui kesilapan itu walaupun pahit ditelan .
walaupun kamu takut untuk berhadapan dengan bapa kamu sendiri namun kamu perlu diingatkan selagi kamu menyorokkan perkara itu daripada pengetahuannya lagi bertambahlah masalah kamu nanti . jadi awas !
4 . MEMBODEK
oh , mampukah kamu membodek bapa ?
adakah bodek kamu itu diterima atau ditolaknya ? huhu
membodek disini bukanlah bermaksud kamu perlu memuji bapa kamu dengan perkataan yang hebat .
cukuplah dengan hanya kamu mengambil hatinya dan melakukan perkara-perkara yang disukainya .
tak susah kan ?
mungkin dengan cara ini kamu boleh mengurangkan kemarahannya :))
5 . MINTA DIBERIKAN PELUANG
whoaa ! sekali lagi bapa kamu melenting pati kecut perut kamu dibuatnya .
kamu kena ingat , bapa kamu ada hak untuk memarahi malah menghalang kamu melakukan perkara-perkara yang dianggap keterlaluan .
jadi jangan kamu sampai mengetepikan bapa kamu dan melakukan sesuatu tanpa pengetahuannya .
sekiranya salah kamu itu sangat besar dan memalukan dirinya , lebih baik kamu minta diberikan peluang .
pasti bapa akan menerimanya dengan baik .
6 . MENCERIAKAN MOOD
bukan susah pun nak menceriakan mood bapa kamu itu . kamu hanya perlu memastikan kesalahan itu dipertanggungjawabkan dan kalau boleh kamu jangan sesekali mengulanginya .
kesediaan kamu untuk melakukan perubahan iu pasti disenanginya .
cubalah menjadi anak yang boleh menyenangakn hati kedua ibu bapa . pasti selepas ini apa yang kamu hajati akan ditunaikan oleh bapa .
7 . MEMBELAI
ops . jangan salah faham , membelai disini bermaksud kamu boleh menunjukkan rasa kasih sayang kepada bapa kamu melalui pelukan atau juga kucupan .
hai bapa mana yang tidak tersentuh saat si anak memeluk dan mencium dirinya ?
selalunya belaian sebegini hanya diterima oleh ibu sahaja , sekali sekala apa salahnya kamu menunjukkan kasih sayang itu kepada bapa kamu pula .
mungkin ia kelihatan janggal namun disebalik perlakuan kamu itu membuatkan hatinya menjadi lembut .
kamu kena ingat , bapa kamu juga memerlukan perhatian dan kasih sayang seorang anak walaupun mereka tidak pernah menyatakannya .
8 . MEMBERI 'SESUATU'
hurm , memberi sesuatu ? apakah maknanya itu ?
sebenarnya untuk meredakan kemarahan seorang bapa , kamu hanya perlu memberikan sesuatu yang idak disangka-sangka olehnya .
mungkin kamu boleh memberi kejutan atau pencapaian kamu dalam peperiksaan atau menghadiahkannya dengan barangan yang disukainya sebagai tanda kamu menghargai jasanya selama ini .
kamu juga boleh menunjukkan bahawa kamu seorang anak yang mendengar kata malah setiap arahannya pasti akan kamu turuti .
dari sini kamu belajar untuk menghargai kasih sayang seorang bapa .
walaupun mereka tidak pernah minta sebarang balasan namun sebagai seorang anak kamu perlu tahu tanggungjawab itu .
take a note : hargailah bapa korang sebelum dia tiada *
untuk buktikan korang anak yang baik masa ini lah korang kena jaga dia
peace yaw ^^



Im not beauty queen. Im just Beautiful Me.
Site
