cɛяιтαмιℓικиιƨнαα
Follow Dashboard
Tokens?

Allah sentiasa dengan kita
Sunday 3 February 2013 | 05:21 | 0 comments



sha habiskan setengah jam dengan membaca 3 helaian ayat Al-quran dan masuk waktu terus solat isyak. Allahuakbar lama rasanya sha tinggalkan pekara wajib nih.
mula timbul satu perasaan bersalah. 
alpanyer sha mengejar kemewahan dunia sampai lupa tentang akhirat. 

”Ya Allah haramkanlah kulit, darah, daging dan tulangku daripada api neraka.” Demikianlah doa seorang hamba yang datang kepada Tuhannya membawa penyesalan. Maka tiada kegembiraan melebihi kegembiraan Allah Taala mendengar rintihan hamba-Nya itu. Dan tiada pandangan yang lebih bernilai daripada pandangan rahmat Allah SWT ke atasnya. Kekotoran dibalas dengan kesucian, airmata digantikan dengan perasaan bahagia yang menyelimuti diri, dalam kesusahan dapat juga dirasai erti kenikmatan. Iaitu kenikmatan diterima menjadi hamba-Nya yang dekat dan rapat.

sebenarnyer da banyak petunjuk yang Allah beri dekat sha, cuma sha je yang lengah-lengahkan masa untuk berubah jadi yang lebih baik. Mak dan keluarga pun mengharap sesuatu yang lebih baik dari diri sha yang sekarang nih. banyak yang perlu sha perbaiki dari tingkahlaku, bahasa, dan paling utama solat.
Allah Allah Allah :"( 

Allah Taala berfirman yang bermaksud: ”Apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepada kamu mengenai Aku, maka (beritahu kepada mereka) sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka). Aku perkenankan permohonan orang-orang yang berdoa kepada-Ku, hendaklah mereka menyahut seruan-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi orang-orang yang mendapat petunjuk.” Surah al-Baqarah: Ayat 186.

moga apa yang terjadi hari nih, sentiasa jadi ingatan buat sha dan sha nak kongsi semua nih dengan semua orang supaya setiap orang dapat muhasabah diri juga.
dan selalu lah baca Al-Quran.

”Dan apabila dibacakan ayat-ayat Allah bertambahlah iman mereka kerananya.” (Surah Al-Anfal: Ayat 2)



Old things